? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 2: Jurnal (Abstrak)

Jurnal 1: Reflection-in-and-on action in participatory action research: Toward assessment for learning

oleh: Penny Singh

Sumber: Scopus

ABSTRAK
Artikel ini menerangkan tentang penggunaan penilaian oral dalam kaedah pembelajaran juga berasaskan kepada refleksi pendekatan kajian tindakan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantah penggabungan kaedah penilaian oral dalam subjek sains yang dikatakan sebagai adil, mempunyai kebolehpercayaan dan sah untuk dinilai. Hasil kajian mendapati, penggunaan kaedah penilaian oral telah memperbaiki lagi mutu pembelajaran pelajar dengan rakan sebaya dan juga penilai. Melalui penilaian oral ini, penilai (guru) dapat mengenali pelajar mereka secara individu, tabiat belajar pelajar serta dapat meninjau cara pengajaran mereka (guru). Guru (penilai) juga dapat belajar daripada rakan penilai yang lain. Kaedah pengajaran berkumpulan secara kolaboratif serta penilaian kebaikannya ke atas penilai dan pelajar menjadikan kajian ini lebih bermakna. Penyelidik juga turut berpendapat bahawa kajian tindakan mampu mencetuskan satu idea baru kepada penilai (guru) apabila mereka melaksanakan penyelidikan dalam bilik darjah bersama rakan sekerja dan pelajar.


Jurnal 2: Developing new literacies using commercial videogames as educational tools.

Oleh : Lacasa P., Mendez L., & Martinez R. (2008)

Sumber: Scopus

ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana permainan video yang turut dibantu oleh kaedah perbincangan dan beberapa persembahan lain mampu membangunkan pemikiran yang naratif. Dengan memperlihatkan media massa sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi ekologikal kanak-kanak, kami akan membincangkan bagaimana mesej yang disampaikan oleh media ini boleh mewujudkan satu suasana yang mampu mendidik orang ramai tentang peraturan, sikap, nilai dan norma dalam masyarakat (Bakhtin, 1999; Gee, 2003, 2004; Jenkins, Purushotma, Ciinton, Weigel & Robison, 2006). Kami turut mengambilkira perspektif sosiolinguistik, etnografi dan juga kajian tindakan sebagai metodologi kajian. Data diperolehi daripada bengkel yang telah dijalankan dengan menjadikan penyelidik sebagai penilai yang turut terlibat sama dalam bengkel serta kolaboratif antara guru dan pelajar (10 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan yang berumur 8-9 tahun). Kami mengadakan 7 kali perjumpaan kelas dan setiap perjumpaan dijalankan selama 2 jam. Kesemua sesi direkodkan secara video dan kami turut menyimpan semua hasil bertulis pelajar. Akhirnya, kesemua penyelidik akan memperolehi rumusan harian daripada setiap sesi yang telah dijalankan yang demikiannya melengkapi intepretasi pelbagai daripada aktiviti yang sama. Hasil utama kajian menunjukkan pembangunan semula jalan cerita permainan video dapat dilakukan secara naratif berdasarkan kepada aktiviti seperti meneliti semula kandungan permainan, menulis skrip atau membangunkan laman web.



Jurnal 3: The role of early career scientists working in the classroom.

Oleh: Philip M Keys

Sumber: Scopus

ABSTRAK
Kajian ini melaporkan tentang strategi berkesan yang ditemui oleh guru sains apabila Early Career Scientist (ECS) iaitu pelajar mereka sendiri berjaya menjadi mentor kepada kelas sains yang mempunyai pelajar pribumi dan bukan pribumi berumur 7 hingga 10 tahun. Guru terlibat secara langsung dengan kajian tindakan yang mana ia bertujuan untuk mengenalpasti peranan ECS dan mendokumentasi keberkesanan strategi yang telah menggabungkan pihak ketiga ini (ECS) dalam bilik darjah. Sumber data diperolehi daripada guru dan amalan yang dilakukan serta temubual dengan para pelajar serta ECS. Penyelidikan ini mempunyai implikasi untuk memperkenalkan pembelajaran sokongan ke atas kakitangan dan program-program mentoring yang serupa pada kelas lain.

0 comments: