? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 1: Tugasan 1 (Ulasan buku)

Buku:"Studying your own school: An educator's guide to practitioner action research
(Second edition),
oleh: Gary L. Anderson, Kathryn Herr & Ann Sigrid Nihlen (2007),

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
-kajian tindakan bermaksud:
satu tindakan secara berkitar di mana penyelidik sendiri bertindak dan terlibat dalam situasi penyelidikannya. selain itu, kitaran yang berlangsung melibatkan proses perancangan, tindakan, penilaian ke atas kesan serta refleksi terhadap penilaian yang telah dilakukan ke atas kajian. Menerusi kitaran kajian yang telah dilakukan, pengkaji seterusnya akan menemukan jawapan kepada penyelesaian masalah. Selain dari itu, satu transformasi atau perubahan turut akan berlaku samada dari sudut penyelidik mahupun responden berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan.

MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
-Berdasarkan buku ini, dengan melakukan kajian tindakan, guru secara tidak langsung
telah mengubah profesion mereka bukan hanya sebagai guru tetapi penyelidik.
-Dapat memberi jawapan dan membantu orang lain dalam menyokong kajian tindakan yang
dijalankan.
-Guru boleh menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk menjalankan kajian
tindakan kerana mereka terlibat secara langsung dalam penyelidikan.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
-Guru boleh melakukan kajian tindakan apabila mereka ingin memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
-Guru juga boleh melakukan kajian tindakan apabila mendapati terdapat sesuatu isu/
masalah yang mungkin timbul di dalam konteks bilik darjah mereka.

DI MANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
-Guru menjalankan kajian tindakan di sekolah dan lebih tepat lagi di dalam bilik
darjah. Namun begitu bagi peringkat pendidikan tinggi pula kajian tindakan boleh
dilakukan di universiti atau kolej.

BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
*MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


The ladder of inference works like this:
1. The pool of information - represents all the information that could be
relevant to the situation
2. The rung of the ladder - represent various types of claims that can be made
about information
3. The first rung - represents the way they select from this pool
4. The second rung - represent the process of naming or describing what is
happening
5. The third and fourth rung - represent the way people interpret and evaluate
what they have noticed and described
6. The fifth rung - recognizes how people seek consistency between individual
interpretations and experiences by weaving them together into coherent
theory of action
7. The sixth rung - how theories provide conclusions about the situation and
what to do about it

(*Diambil dari Sumber tambahan:PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS: A Guide to Improving Classrooms and Schools, Oleh: Viviane Robinson & Mei Kuin Lai)

*PROSEDUR
Terdapat 4 proses yang perlu dilalui bagi menjalankan kajian tindakan iaitu:
1) Perancangan
-Membuat perancangan tentang penambahbaikan yang ingin dilakukan disampai
perancangan terhadap isu/ masalah yang dihadapi.
-Menganalisis isu, persoalan dan apa yang perlu dipelopori.

2)Tindakan
-Penyelidik dan rakan sepasukan (kolaboratif) bertindak ke atas permasalahan
kajian.
-Cuba mencari jalan untuk berhdapan dengan isu.

3)Pemantauan
-Memantau aktivi atau proses yang sedang berlaku dalam penyelidikan.
-bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam proses penyelidikan
-Selepas pemantauan dilakukan, proses mendokumentasi dapat dilakukan dan perlu
dilaksanakan dengan teratur.

4) Refleksi
-Penyelidik akan membuat refleksi terhadap data yang terkumpul dari perlaksanaan
plan yang sudah dirancang pada fasa perancangan.
-Penyelidik juga membuat refleksi pada tindakan dan proses yang telah mereka
jalankan.

*PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
*Pengumpulan data
-Terdapat beberapa cara untuk membuat pengumpulan data seperti:

1) Tinjauan dan temubual
-ada 4 jenis tinjauan dan temubual iaitu:
a)Temubual etnografi
b)Penceritaan,naratif dan sejarah berdasarkan pengalaman peribadi responden
c)Temubual berstruktur (terarah, lebih formal,mempunyai soalselidik dan soalan
boleh dikawal)
d)Soalselidik dan tinjauan
e)Senarai semak, skala dan inventori (Soalan lebih tertutup,mempunyai pilihan
jawapan)

2) Pemantauan
-Pemantauan adalah satu proses memantau apa yang sedang berlaku.
-Pemantauan biasanya akan direkod dan ditulis samada pada borang atau nota kecil.
-Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk pemantauan iaitu:
a)Pemantauan turut serta
b)Pemetaan
c)Inventori berasaskan budaya
d)Rakaman visual dan photografi

3)Dokumentasi dan arkib
-Tujuan utama kaedah ini dilakukan adalah untuk mensintesi maklumat yang
diperolehi dari pelbagai sumber seboleh yang mungkin.
-Contoh sumber adalah seperti laporan sekolah, surat, surat khabar, statistik,
diari dan apa sahaja yang boleh memberikan maklumat berkaiatan dengan kajian.

*Penganalisisan data
-Data yang dianalisis perlulah teratur dan tersusun mengikut tarikh perjalanan
kajian.
-Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan yang boleh mengganggu pemerolehan data.
Selain itu juga ia bertujuan bagi memudahkan penyelidik melihat perjalanan proses
penyelidikan mereka.
-Terdapat juga teknik membangunkan kod kategori yang bertujuan untuk:
- memudahkan pengkaji melihat kategori yang terdapat pada data.
- Data akan lebih terurus
- Terdapat beberapa jenis kod yang digunakan bagi memudahkan data dilihat/
disemak oleh pengkaji iaitu:
1)Kod setting/konteks-kesimpulan daripada keseluruhan isi kajian
2)Kod situasi-topik khas yg dilontarkan oleh pandangan/pemikiran peserta
3)Perspektif peserta-untuk berkongsi peraturan serta norma
4)Cara pemikiran peserta tentang manusia dan benda
5)Kod proses-kod yang digunakan untuk melihat perubahan yang berlaku pada
peristiwa yang dikaji, perlu mengikut urutan, ada sejarah lisan.
6)Kod aktiviti-kekerapan tingkahlaku berlaku.
7)Kod peristiwa-kekerapan peristiwa berlaku.
8)Kod strategi-taktik, kaedah dan teknik yang digunakan apabila berjaya
melakukan sesuatu perkara.
9)Kod perhubungan dan struktur sosial
10)Kod kaedah-segala komen tentang kaedah, proses dan prosedur kajian akan
diletakkan pada kod ini.

*ETIKA KAJIAN TINDAKAN
etika kajian tindakan adalah satu peraturan yang perlu diamal dan dipatuhi oleh penyelidik bagi menjalankan penyelidikan mereka. Antara etika-etika yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh penyelidik ialah:

1)Hormat kepada autonomi
-Penyelidik perlu mengelak dari mendesak responden mereka untuk menjayakan
penyelidikan.
-Penyelidik juga perlu memberikan kebebasan kepada responden untuk mereka membuat
pilihan dan bertingkahlaku.
-Elakkkan dari mempengaruhi keputusan responden.
-Apa yang penting, elakkan paksaan ke atas responden dari berlaku.

2) Prinsip perlindungan
-Penyelidik perlu memastikan proses dan prosedur tidak akan menyebabkan kecederaan
atau mendedahkan individu kepada risiko yang tidak munasabah hasil daripada kajian.
-Kerahsiaan menjadi keutamaan. Identiti responden perlu dilindungi dan elakkan
kebocoran kerahsiaan berlaku.

3)Prinsip keadilan
-Penyelidik perlu hormatkan demokrasi, kebenaran dan kemanusiaan.
-Penyelidik perlu jujur dan ikhlas sewaktu mengumpul, menganalisis dan menulis apa
jua laporan mengenai kajian yang mereka jalankan.
-Penyelidik juga perlu menghormati orang yang memberikan maklumat dan data kepada
mereka.

0 comments: