? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 2, 2009

Tugasan 3: Ulasan 2 pembentang dalam Kolokium DPLI Januari 2009 (26-27 Okt 2009)

Perbentangan 1:
Penggunaan teknik pembelajaran kooperatif (jigsaw) dalam kesusasteraan Bahasa Inggeris, source of energy (sumber-sumber tenaga) dan tokoh islam: Imam Malik Rahimahullah

Oleh:

Lim Siew Yee, Mohd Amin Zakaria & Mohd Faizal Mahmod


PERNYATAAN MASALAH
*Sejauhmanakah penggunaan teknik pembelajaran kooperatif (jigsaw) ini berkesan dalam sesi pengajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Islam


METODOLOGI KAJIAN

*Metod kajian berdasarkan kepada jenis kajian tindakan Kolaboratif dengan melibatkan 3 orang guru sebagai penyelidik

*Kajian turut menggunakan Model Kemmis yang melibatkan 4 Fasa iaitu

- Fasa 1 (Rancangan)

- Fasa 2 (Tindakan)

-Fasa 3 (Pemerhatian)

-Fasa 4 (Refleksi)


SETTING KAJIAN

*Kajian dilaksanakan di Sek. Men Keb. Jalan Reko Kajang, Selangor


SAMPEL KAJIAN

*Seramai 109 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 diambil sebagai sampel kajian


PENGUMPULAN & PENGANALISISAN DATA

*Bagi subjek Sains kelas dibahagikan kepada 7 kumpulan. Manakala subjek Bahasa Inggeris pula kelas dibahagikan kepada 8 kumpulan dan subjek Pendidikan Islam dibahagikan kepada 6 kumpulan.

* Kajian di jalankan dalam 2 kitaran atau 2 fasa.
*Fasa pertama

-Penyempurnaan tugasan dalam kumpulan pakar dilakukan yang mana kaedah perbincangan,perbentangan dan menjawab soalan digunakan pada fasa ini.

-Kaedah perbincangan dan perbentangan digunakan dalam Kelas Sains dan juga Pendidikan Islam

-Kaedah menjawab soalan berdasarkan tema/perwatakan pula digunakan bagi kelas Bahasa Inggeris

*Fasa kedua
-Penyempurnaan tugasan dalam kumpulan asal

-Bagi kelasa Sains penilaian telah dilakukan berdasarkan penggunaan teknik peta minda
- Kelas Bahasa Inggeris pula penilaian adalah melalui teknik permainan (jigsaw puzzle)

-Kelas Pendidikan Islam pula dinilai berdasarkan kuiz yang dijalankan di dalam kelas


IMPLIKASI KAJIAN

*Hasil daripada kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa penggunaan teknik jigsaw mampu:

1) Meningkatkan keberkesanan penyampaian objektif pengajaran.

-Berdasarkan pemerhatian penyelidik (guru), para pelajar boleh mengaplikasikan teknik yang telah digunakan dalam fasa 1 dan 2 sesama mereka. Seterusnya, pelajar juga lebih selesa dengan pembelajaran kooperatif ini.

-Penyelidik turut melaporkan berlaku peningkatan prestasi ketika penilaian (tugasan & kuiz)dilakukan ke atas pelajar
2) kaedah yang digunakan mampu memotivasikan pelajar.

-Kaedah kooperatif mampu meningkatkan pemahaman pelajar.

-Pelajar juga lebih cenderung untuk berbincang dengan rakan-rakan bagi menyiapkan tugasan berbanding menjadikan guru sebagai sumber rujukan.

-Kerja/tugasan juga dapat disiapkan dalam jangkamasa yang lebih singkat.


3) Berjaya meningkatkan penglibatan para pelajar dalam kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)

-Majoriti pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas dengan penggunaan teknik ini.

-Pelajar juga saling bantu membantu ketika sesi pembelajaran berlangsung.

-Penyelesaian tugasan berkumpulan juga dapat dilaksanakan dengan cepat dan 60% pelajar seronok menggunakan kaedah jigsaw


APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN INI:

* Daripada kajian ini, saya mendapati teknik pembelajaran Kooperatif (Cooperative learning) sangat sesuai digunakan di sekolah kerana ia mampu.......:

1-Meningkatkan penglibatan secara aktif para pelajar
2-Menjana idea dan pemikiran para pelajar

3-Mengelakkan kewujudan pelajar pasif di dalam kelas

4-Mewujudkan sikap tolong menolong dan kerjasama antara satu sama lain

5-Meningkatkan tanggungjawab pelajar dalam melaksanakan tugasan/peranan

6. Mengelakkan rasa bosan dengan kuliah guru semata-mata

7.Menimbulkan minat belajar

8. Mengelakkan kebergantungan kepada kaedah teacher centered semata-mata


Perbentangan 2:
Aplikasi pengubahsuaian tingkahlaku ke atas pelajar Pendidikan Khas menggunakan teori pelaziman operan

Oleh:

Badrol Hisham Majid, Junaidon Abdul Majid & Hafis Mohamad Dom


PERNYATAAN MASALAH

*Sejauhmanakah penggunaan teori pelaziman operan (dendaan) mampu mengubah/ mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini ke atas pelajar Pendidikan Khas


METODOLOGI

*Kajian menggunakan Model Kemmis yang mengandungi 4 fasa iaitu:

1) Merancang

2) Tindakan

3) Pemerhatian

4) Refleksi


SETTING KAJIAN

*Kajian dlaksanakan di Sek Men Keb. Tun Tuah, Melaka


SAMPEL KAJIAN

*Seorang pelajar program Pendidikan Khas (Intergrasi)

*Gemar melakukan perlakuan negatif ketika proses P&P berlangsung


PENGUMPULAN & PENGANALISISAN DATA
* kajian dijalankan selama 7 minggu. Pada minggu pertama dan ke-2, pengkaji lebih menumpukan kepada aspek perancangan seperti membuat pemerhatian awal dan menetapkan kajian.
*Pada minggu ke 3, kaedah teguran/nasihat digunakan ke atas pelajar pendidikan khas tersebut untuk mengurangkan tingkahlaku namunia kurang berhasil.
*Minggu ke 4, Minggu ke 4 radio digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Namun begitu pelajar masih mengulangi tingkahlakunya apabila radio dimatikan
*Penggunaan alat muzik ternyata hanya sebagai satu alat yang mampu menarik tumpuan responden pada minggu ke 5. Hasilnya juga masih sama seperti mngu sebelumnya.
*Minggu ke 6 pengkaji menggunakan kaedah dendaan (aplikasi teori pelaziman operan) dengan mengasingkan responden daripada kumpulan pelajar lain di dalam kelas. ternyata dengan menggunakan dendaan, perlakuan negatif pelajar dapat dikurangkan
*Refleksi dilaksanakan pada minggu ke 7 oleh pengkaji


IMPLIKASI KAJIAN
*Berpandukan teori pelaziman operan, didapati bahawa tingkahlaku negatif responden dapat dikurangkan. Pengkaji percaya bahawa kaedah dendaan mampu mengawal tingkahlaku pelajar pendidikan khas berkenaan

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN:
*Dalam kajian yang dijalankan, menunjukkan kaedah dendaan boleh digunapakai untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini ke atas pelajar. Namun begitu adalah lebih baik jika dendaan yang dikenakan adalah tidak ke tahap yang boleh menjatuhkan pelajar.
SEKIAN....

































0 comments: