? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 13, 2009

Tugasan 2: Ulasan jurnal 1, 2 & 3

Jurnal 1: Reflection-in-and-on action in participatory action research: Toward
assessment for learning
oleh: Penny Singh

Sumber: Scopus

PERNYATAAN MASALAH
Melihat sejauhmana penggunaan penilaian secara oral/lisan dalam sains secara interaktif dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar berdasarkan kepada rakan sebaya dan guru (penyelidik). Disamping untuk menilai pelajar secara individu, tabiat belajar dan meninjau cara pengajaran penyelidik (guru) melalui kaedah penilaian oral.

SAMPEL KAJIAN
-157 orang pelajar School of Life and Environmental Sciences
-131 orang pelajar Faculty of Health Sciences

SETTING KAJIAN
-University of KwaZulu-Natal, Afrika Selatan
-Durban University of Technology, Afrika Selatan

PROSEDUR
-Memberitahu etika penyelidikan dengan meminta kebenaran secara bertulis kepada semua responden bagi membuat rakaman audio sewaktu penilaian dan perbincangan kumpulan.
-memberi jaminan kerahsiaan kepada setiap data dan maklumat yang direkodkan dari responden.
-Kolaboratif secara 2 peringkat yang melibatkan:
*peserta dan pengkaji
*peserta sahaja
-Pendekatan kajian tindakan(kitaran)dalam penilaian oral untuk mendapatkan hasil dapatan
-Membuat refleksi ke atas setiap penilaian oral yang dilakukan.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data:
*borang soal selidik
*perbincangan kumpulan
Tujuan: digunakan utk melihat tindakbalas terhadap teknik yg digunakan, pengalaman
peribadi, sikap, perasaan dan data biografi responden.

Penganalisisan data:
-Kajian bergantung kepada refleksi dalam kajian tindakan. Dimana pada peringkat permulaan pengkaji membuat refleksi ke atas masalah yang dihadapi pelajar ketika melalui proses pembelajaran di dalam kelas.
-kemudian, pengkaji membentuk strategi dan strategi yang digunakan: perbincangan lisan secara berkumpulan
-Dalam penilaian oral yang dijalankan pelajar perlu membuat perbincangan sesama ahli kumpulan yang telah ditetapkan. oleh itu, pelajar perlu bersedia dengan bahan-bahan bacaan seperti nota, kajian-kajian dan projek lepas, bahan bacaan tambahan (perpustakaan)
-Terdapat 3 pusingan perbincangan
-10 min(pusingan pertama)-masa terlalu singkat untuk berbincang
-20 min (pusingan kedua)- terlalu banyak masa terbuang
-15 min (pusingan terakhir)-penggunaan masa yang cukup dan sesuai


PAPARAN KAJIAN
-Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk laporan.

KESIMPULAN
-penggunaan kaedah kajian tindakan dapat memberi satu penemuan baru kepada guru untuk memperkukuhkan lagi kajian yg ingin dilakukan dalam blik darjah. Selain itu, penggunaan kaedan penilaian secara lisan dalam aktiviti pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar untuk belajar.




Jurnal 2: Developing new literacies using commercial videogames as educational tools.

Oleh : Lacasa P., Mendez L., & Martinez R. (2008)

Sumber: Scopus

PERNYATAAN MASALAH
-Melihat sejauhmana penggunaan permainan video mampu untuk membangunkan pemikiran
narratif pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

SAMPEL KAJIAN
-11 orang pelajar lelaki (8-9 tahun)
-10 orang pelajar perempuan (8-9 tahun)

SETTING KAJIAN
-Sekolah awam Spanish

PROSEDUR
-Kajian dijalankan di dalam kelas dan bengkel multimedia yang dibina khas untuk
tujuan kajian.

-Kajian dijalankan secara kolaboratif yang mana ia ia turut melibatkan guru sebagai
penyelidik.

-Segala aktiviti responden akan direkodkan secara video dan audio. Manakala setiap hasil penulisan responden akan diambil dan disimpan untuk tujuan analisis.

-Kajian dilakukan sebanyak 7 sesi kesemuanya dan setiap satu sesi mengambil masa 2 jam. Antara aktiviti bagi ketujuh-tujuh sesi tersebut ialah:

1) Sesi 1- Kanak-kanak menceritakan secara bertulis tentang permainan video yang
diminati mereka

2) Sesi 2- Kanak-kanak dibawa ke bengkel multimedia dan bermain permainan video.

3) Sesi 3- Membuat undian secara bertulis untuk memilih permainan video

4) Sesi 4- Menulis skrip tentang perjalanan permainan video sesudah pilihan undi
dibuat.

5) Sesi 5- Gambaran cerita

6) Sesi 6- Kanak-kanak membuat perancangan pembinaan lawan web (bantuan orang dewasa)

7) Sesi 7- Pembinaan lawan web (bantuan orang dewasa) dan kesimpulan


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

*Pengumpulan data
-Pengumpulan data dilakukan secara kualitatif berdasarkan kepada pendekatan naratif dan etnografi.

-segala aktiviti akan dirakamkan secara video dan audio serta mengambil semua maklumat yang dihasilkan oleh kanak-kanak menerusi hasil penulisan mereka.


*Penganalisisan data
-Sebanyak 7 sesi telah berlangsung bagi menjalankan kajian ini.Huraian sesi adalah seperti berikut:

Sesi 1- Kanak-kanak akan menceritakan serta menulis tentang permainan video kegemaran
mereka. Disamping itu, mereka juga perlu membina semula jalan cerita dengan
memainkan permainan video tersebut. Permainan video yang menjadi pilihan
adalah "Tomb Raider".

Sesi 2-Kanak-kanak dibawa ke bilik komputer (bengkel) untuk bermain permainan video.
Kemudian, mereka diminta untuk meluahkan pendapat masing-masing tentang
permainan yang sedang dimainkan.

Sesi 3- Pada sesi ini permainan video yang dipilih ialah "Tomb Rider". Sesi 2 dan 3
secara tidak langsung menggalakkan pelajar menjadi lebih berani untuk
meluahkan pendapat mereka, mengetahui dan belajar sesuatu dari orang lain.

Sesi 4- Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk berbincang
menulis skrip atau jalan cerita bagi permainan video yang dipilih.
Penghasilan jalan cerita adalah sesuatu yang agak sukar bagi kanak-kanak ini
dan mereka memerlukan bantuan daripada guru.

Sesi 5-Pelbagai gambaran cerita ditunjukkan dalam sesi ini. Antaranya seperti
melakonkan semula watakyang terdapat dalam permainan video tersebut (aktiviti
fisikal). Pelbagai kostum digunakan bagi melihatkan lagi keberkesanan jalan
cerita yang ditulis oleh pelajar.

Sesi 6-kanak-kanak membuat perancangan untuk membina laman web. Namun begitu aktiviti
ini memerlukan bantuan daripada orang dewasa.

Sesi 7-Penghasilan laman web berdasarkan jalan cerita dilakukan oleh kanak-kanak
dengan bantuan orang dewasa.


PAPARAN


-Paparan kajian diterangkan dalam bentuk jadual, gambarajah dan juga laporan.



KESIMPULAN



-Berdasarkan kepada ketujuh-tujuh sesi yang dijalankan, di dapati bahawa banyak yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, menerusi penulisan jalan cerita, kanak-kanak dapat meluahkan pelbagai idea yang bermain difikiran mereka sepanjang mereka bermain permainan video tersebut. Selain itu, kanak-kanak juga dilihat menjadi lebih berani untuk meluahkan idea serta pendapat mereka berdasarkan kepada sesi 1, 2 dan 3. Secara Tidak langsung, kanak-kanak dapat membangunkan pemikiran naratif berdasrkan kepada kebolehan dalam membina jalan cerita.



Jurnal 3: The role of early career scientists working in the classroom.
Oleh: Philip M Keys
Sumber: Scopus

PERNYATAAN MASALAH
Melihat sejauh mana peranan karier awal saintis (ECS) dalam bilik darjah dapat menimbulkan minat para pelajar dalam sains serta melihat sejauhmana strategi yang telah ditemui oleh guru dapat membantu peranan ECS.

SAMPEL KAJIAN
-1 sekolah kerajaan (pelajar berumur 8-12 tahun)
-3 sekolah bukan kerajaan (pra sekolah- 12 tahun)
-2 orang guru dari setiap sekolah
-Grade 7 & 10 pelajar pribumi dan bukan pribumi
-pemantau program dari universiti yang telah membuat pemilihan ke atas pengambilan
ECS.

SETTING KAJIAN
-Northern region of the Northern Territory.

PROSEDUR
-Melibatkan kajian tindakan sebagai metodologi kajian
-Tempoh kajian: 18 bulan
-Guru dan penyelidik akan berkongsi ilmu pengetahuan untuk membina makna peranan ECS
dalam bilik darjah.
-Guru: Mengadakan pertemuan bulanan, sesi pengembangan profesional dan mengunjungi
setiap kelas.
-Pelajar: Sesi kumpulan fokus
-ECS: Temubual secara individu dan Sesi kumpulan fokus.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
*Pengumpulan data
Terdapat 3 saluran yang digunakan untuk mengumpul data iaitu dari:
-Pelajar: Sesi kumpulan fokus dilakukan dengan memilih 4 orang pelajar dari setiap
kelas pada permulaan, pertengahan dan akhir tahun.Sesi direkodkan secara
video dan ditranskrip penuh.
-Guru: Pertemuan bulanan dan pembangunan professional (PD) akan di transkrip penuh
dan dirakam secara audio. Refleksi ke atas jurnal elektronik dan perkongsian
pengalaman akan dibentangkan semasa sesi PD berlangsung.Penilaian ke atas
latihan atau amalan yang dilakukan oleh guru turut dirakam dan di transkrip.
-ECS: Kaedah yang dilakukan adalah menerusi temubual secara individu dan sesi
kumpulan fokus. Segala aktiviti dirakamkan secara audiodan ditranskrip. Skrip
asal masih terus dikekalkan semasa temubual dijalankan. Inti kepada
perbentangan pula akan disimpan.

*Penganalisisan data
Terdapat 3 aspek yang diambilkira dalam menganalisis data iaitu dari aspek guru, pelajar dan ECS.
-Guru akan merekod pengalaman mereka menerusi jurnal elektronik dan sewaktu di sesi
pembangunan profesional (PD). Insiden dan idea yang timbul akan digabungkan bersama- sama data yang diperolehi dari pelajar dan ECS.
-Untuk mengesahkan tindakan dan pengalaman daripada guru, bacaan transkrip dan video
yang berulang-ulang perlu dilakukan.
-Pada akhir projek guru dapat mendefnisikan peranan ECS dan mengenalpasti strategi
yang tepat untuk pengekalan peranan. Analisis sekali lagi akan dibandingkan dengan
data yang diperolehi daripada pelajar dan ECS.

PAPARAN KAJIAN
-Paparan kajian dipaparkan dalam bentuk laporan.

KESIMPULAN
-Daripada kajian yang dilakukan didapati bahawa peranan ECS dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk lebih meminati ilmu sains. Dari sudut pelatih ECS pula,
menerusi program yang dilaksanakan ke atas pelajar, mereka lebih mempunyai
keyakinan yang tinggi untuk mengendalikan sesebuah kumpulan kerja. ECS juga
berkesan kerana mengambilkira setiap tahap proses pengajaran dan pembelajarn. Para
guru juga berjaya mempertahankan strategi ke atas peranan ECS. Guru juga dapat
membangunkan program mereka sendiri melalui penglibatan secara langsung ini.

BANDINGKAN MASALAH YANG DIKAJI ANTARA JURNAL
-Jurnal 1 Melihat sejauhmana penggunaan penilaian secara oral/lisan dalam sains
dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Manakala jurnal 2 melihat
sejauhmana penggunaan permainan video mampu untuk membangunkan pemikiran narratif
pelajar dalam proses pembelajaran. Jurnal 3 pula cuba mengupas sejauhmana strategi
yang telah ditemui oleh guru dapat membantu peranan ECS.

BANDINGKAN BAGAIMANA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN.
JURNAL 1:
-Memberitahu etika penyelidikan dengan meminta kebenaran secara bertulis kepada semua responden bagi membuat rakaman audio sewaktu penilaian dan perbincangan kumpulan.
-memberi jaminan kerahsiaan kepada setiap data dan maklumat yang direkodkan dari responden.
-Kolaboratif secara 2 peringkat yang melibatkan:
*peserta dan pengkaji
*peserta sahaja
-Pendekatan kajian tindakan(kitaran)dalam penilaian oral untuk mendapatkan hasil dapatan
-Membuat refleksi ke atas setiap penilaian oral yang dilakukan.

JURNAL 2:
-Kajian dijalankan di dalam kelas dan bengkel multimedia yang dibina khas untuk
tujuan kajian.
-Kajian dijalankan secara kolaboratif yang mana ia ia turut melibatkan guru sebagai
penyelidik.
-Segala aktiviti responden akan direkodkan secara video dan audio. Manakala setiap
hasil penulisan responden akan diambil dan disimpan untuk tujuan analisis.
-Kajian dilakukan sebanyak 7 sesi kesemuanya dan setiap satu sesi mengambil masa 2
jam. Antara aktiviti bagi ketujuh-tujuh sesi tersebut ialah:
1) Sesi 1- Kanak-kanak menceritakan secara bertulis tentang permainan video yang
diminati mereka

2) Sesi 2- Kanak-kanak dibawa ke bengkel multimedia dan bermain permainan video.

3) Sesi 3- Membuat undian secara bertulis untuk memilih permainan video

4) Sesi 4- Menulis skrip tentang perjalanan permainan video sesudah pilihan undi
dibuat.

5) Sesi 5- Gambaran cerita

6) Sesi 6- Kanak-kanak membuat perancangan pembinaan lawan web (bantuan orang dewasa)

7) Sesi 7- Pembinaan lawan web (bantuan orang dewasa) dan kesimpulan

JURNAL 3:
-Melibatkan kajian tindakan sebagai metodologi kajian
-Tempoh kajian: 18 bulan
-Guru dan penyelidik akan berkongsi ilmu pengetahuan untuk membina makna peranan ECS
dalam bilik darjah.
-Guru: Mengadakan pertemuan bulanan, sesi pengembangan profesional dan mengunjungi
setiap kelas.
-Pelajar: Sesi kumpulan fokus
-ECS: Temubual secara individu dan Sesi kumpulan fokus.

APA YANG DIPELAJARI DARI KETIGA-TIGA JURNAL DI ATAS.
-Kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru bagi mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu perkara atau masalah. Melalui kajian tindakan juga, guru dapat mengenalpasti punca kelemahan dan kelebihanteknik pengajaran mereka ke atas para pelajar. Ini kerana kajian yang dijalankan adalah melibatkan peranan guru secara langsung dalam bilik darjah. Apa yang penting, antara tujuan sesuatu penyelidikan dijalankan adalah untuk melihat peningkatan dan perubahan kepada sesuatu permasalahan.

0 comments: