? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (Mini KT)

Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah

Teori Konstruktivisme
Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami:
1.Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan
pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan?
2.Bagaimanakah pemahaman pelajar boleh dipertingkatkan melalui penggunaaan kit
pembelajaran berasaskan bahan maujud?

Ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

Pengetahuan sedia ada disini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu maklumat baru.

Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:
1. Pengetahuan dibina pelajar
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka
7. menggalak pelajar berfikir dan mencuba idea baru
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas, pelajar boleh membina pemahaman mereka dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan bantuan dari kit pembelajaran bahan maujud.



Strategi pemusatan bahan
1.Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

2.Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.

3.Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.

4.Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

5.Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

6.Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.

7.Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 12: Permurnian Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"


TUJUAN KAJIAN:
•Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan
Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

OBJEKTIF KAJIAN:
1.Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
2.Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


PERNYATAAN MASALAH:
1.Bagaimanakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
2.Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

APA PERNYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN JURNAL 1, JURNAL 2 DAN JURNAL 3

Jurnal 1: Reflection-in-and-on action in participatory action research: Toward
assessment for learning
oleh: Penny Singh

PERNYATAAN MASALAH
Melihat sejauhmana penggunaan penilaian secara oral/lisan dalam sains secara interaktif dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar berdasarkan kepada rakan sebaya dan guru (penyelidik). Disamping untuk menilai pelajar secara individu, tabiat belajar dan meninjau cara pengajaran penyelidik (guru) melalui kaedah penilaian oral


Jurnal 2: Developing new literacies using commercial videogames as educational tools.
Oleh : Lacasa P., Mendez L., & Martinez R. (2008)

PERNYATAAN MASALAH
-Melihat sejauhmana penggunaan permainan video mampu untuk membangunkan pemikiran
narratif pelajar dalam proses pembelajaran mereka.



Jurnal 3: The role of early career scientists working in the classroom.
Oleh: Philip M Keys

PERNYATAAN MASALAH
Melihat sejauh mana peranan karier awal saintis (ECS) dalam bilik darjah dapat menimbulkan minat para pelajar dalam sains serta melihat sejauhmana strategi yang telah ditemui oleh guru dapat membantu peranan ECS.

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan buku Studying your own school. An Educator’s guide to Practitioner Action Research (Second edition).Masalah kajian tindakan boleh dikenalpasti melalui:

-Persoalan yang bermain difikiran penyelidik sebagai orang yang bertindak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

-Hadir dari kegagalan atau bantahan terhadap sesuatu isu yang diketengahkan.

-Pernyataan masalah mestilah sesuatu yang penyelidik sendiri mahu fahami ia secara
lebih jelas.

-Pengalaman lepas penyelidik dan dari kesimpulan yang telah dilakukan ke atas kajian
terdahulu.

-Segala persoalan kajian tersebut perlulah berpotensi untuk membawa perubahan baru dalam rutin pendidikan dan dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang baru dan berguna.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9

  • TAJUK:
  • "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam subjek sains, bahasa melayu
    dan perdagangan"

    1. MATLAMAT KAJIAN:
  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan dengan menggunakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

    2. OBJEKTIF KAJIAN:
  • Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
  • Menilai penglibatan pelajar semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

    3. PERSOALAN KAJIAN:
  • Bagaimana penggunaan kit pembelajaran beraaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar.
  • Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P.

Aktiviti 8

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek Bahasa Melayu, Sains dan perdagangan berdasarkan kit pembelajaran bahan maujud:
1) Cadangan individu (Bahasa Melayu)
- Penggunaan ICT seperti video dan power point bagi menarik minat pelajar untuk belajar
- Guru perlu membuat persediaan awal untuk mendapatkan dan menyediakan bahan bantu
mengajar yang berkesan bagi menarik minat pelajar.

2) Cadangan pasukan
- Menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif dan bimbingan rakan sebaya.
- Pembelajaran secara Problem Base Learning (PBL)
- Menggunakan multimedia yang bersesuaian bagi menarik minat pelajar mempelajari subjek
Bahasa Melayu
- Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dalam topik yang diajar bagi
meningkatkan lagi pemahaman pelajar.

3) Cadangan dari luar pasukan
- Melibatkan aktiviti yang lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru hanya menjadi fasilitator
sahaja serta mampu merancang aktiviti yang menarik.
- Guru perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi semasa melaksanakan proses P&P mereka.

4) Berdasarkan literature review

Aktiviti 7

Kelemahan pengajaran subjek Bahasa Melayu, Sains dan Perdagangan berdasarkan penggunaan kit pembelajaran bahan maujud:
1) Pengalaman secara individu
- Kesukaran mendapatkan bahan maujud bagi topik-topik tertentu dalam aktiviti
pengajaran.
- Pengetahuan yang terhad kerana guru hanya menumpukan pada sedikit sahaja bahan
maujud ketika proses P&P berlangsung.

2) Pengalaman dalam pasukan
-

3) Pengalaman dari luar pasukan
- Tidak semua topik dalam pengajaran guru boleh menggunakan bahan maujud.
- Kadangkala ia boleh membebankan guru kerana guru perlu menyediakan bahan-bahan
maujud tersebut kepada pelajar.
- Kadangkala bahan maujud yang digunakan tidak sesuai atau terlalu ringkas untuk
meningkatkan pemahaman pelajar.

4) Berdasar literatur review (bincang dalam pasukan)

Aktiviti 6

Kekuatan pengajaran subjek Bahasa Melayu, Sains dan Perdagangan berdasarkan penggunaan kit pembelajaran bahan maujud:
1) Pengalaman secara individu
- Peningkatan pemahaman yang lebih mudah dicapai kerana lebih terdedah dengan
situasi sebenar tentang sesuatu isi pengajaran.
- Pengajaran yang lebih seronok dan berkesan dalam diri pelajar.

2) Pengalaman dalam pasukan
- Meningkatkan kreativiti
- Menggilap bakat dan ciri-ciri usahawan
- Memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan
- Pelajar boleh melihat, menyentuh dan merasa dengan sendiri bahan-bahan ini secara realiti.

3) Pengalaman dari luar pasukan
Lebih praktikal-Pelajar tidak hanya belajar berdasarkan teori tetapi dengan
penggunaan bahan maujud, mereka lebih mudah melihat apa
sebenarnya yang diterangkan oleh guru.
Menjimatkan kos-Bahan maujud merupakan sesuatu bahan yang sudah sedia ada
dan terpakai. Oleh itu ia boleh didapati dengan mudah.
Memudahkan pemahaman-Penggunaan bahan maujud adalah bersifat praktikal dan
ia secara tidak langsung memudahkan pemahaman para
pelajar.
Penglibatan pelajar baik-Pelajar akan lebih berminat dengan aktiviti
pengajaran guru dengan menggunakan kit pembelajaran
bahan maujud.

4) Literature review:

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 5

Kami berminat untuk melakukan tajuk mini kajian
"Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam proses P&P" kerana:

1) Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran sekaligus meningkatkan daya kreativiti diri sendiri.

2) Menimbulkan dan meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sesuatu subjek yang diajar oleh guru.

3) Mewujudkan suasana P&P yang tidak membosankan dan isi pengajaran yang lebih efektif.

Aktiviti 4: Cadangan tajuk mini kajian

Tajuk mini kajian pilihan kumpulan kami ialah seperti berikut:

"Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran"

ahli kumpulan:
Norlatifah Omar (Ketua)

Norlida Hashim
Normaiza Rahman

Aktiviti 3: Laporan kolokium (2)

"Penggunaan teknik pembelajaran kooperatif (jigsaw) dalam kesusasteraan Bahasa Inggeris, Source of energy (sumber-sumber tenaga)dan tokoh islam: Imam Malik Rahimahullah"

Pada pendapat saya kajian yang telah dijalankan bagi tajuk di atas menepati ciri kajian tindakan. ini kerana terdapat model yang menerangkan tentang 4 fasa dalam sesuatu kajian tindakan iaitu fasa pemerhatian, rancangan, tindakan dan refleksi.

dalam kajian yang dijalankan, penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan tugasan (menjawab soalan, perbincangan dan perbentangan) yang diberikan kepada para pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Ternyata, implikasi daripada kajian yang dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan dalam subjek yang dipelajari dan ia bertepatan dengan maksud kajian tindakan itu sendiri.

Aktiviti 2: Jurnal (Abstrak)

Jurnal 1: Reflection-in-and-on action in participatory action research: Toward assessment for learning

oleh: Penny Singh

Sumber: Scopus

ABSTRAK
Artikel ini menerangkan tentang penggunaan penilaian oral dalam kaedah pembelajaran juga berasaskan kepada refleksi pendekatan kajian tindakan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantah penggabungan kaedah penilaian oral dalam subjek sains yang dikatakan sebagai adil, mempunyai kebolehpercayaan dan sah untuk dinilai. Hasil kajian mendapati, penggunaan kaedah penilaian oral telah memperbaiki lagi mutu pembelajaran pelajar dengan rakan sebaya dan juga penilai. Melalui penilaian oral ini, penilai (guru) dapat mengenali pelajar mereka secara individu, tabiat belajar pelajar serta dapat meninjau cara pengajaran mereka (guru). Guru (penilai) juga dapat belajar daripada rakan penilai yang lain. Kaedah pengajaran berkumpulan secara kolaboratif serta penilaian kebaikannya ke atas penilai dan pelajar menjadikan kajian ini lebih bermakna. Penyelidik juga turut berpendapat bahawa kajian tindakan mampu mencetuskan satu idea baru kepada penilai (guru) apabila mereka melaksanakan penyelidikan dalam bilik darjah bersama rakan sekerja dan pelajar.


Jurnal 2: Developing new literacies using commercial videogames as educational tools.

Oleh : Lacasa P., Mendez L., & Martinez R. (2008)

Sumber: Scopus

ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana permainan video yang turut dibantu oleh kaedah perbincangan dan beberapa persembahan lain mampu membangunkan pemikiran yang naratif. Dengan memperlihatkan media massa sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi ekologikal kanak-kanak, kami akan membincangkan bagaimana mesej yang disampaikan oleh media ini boleh mewujudkan satu suasana yang mampu mendidik orang ramai tentang peraturan, sikap, nilai dan norma dalam masyarakat (Bakhtin, 1999; Gee, 2003, 2004; Jenkins, Purushotma, Ciinton, Weigel & Robison, 2006). Kami turut mengambilkira perspektif sosiolinguistik, etnografi dan juga kajian tindakan sebagai metodologi kajian. Data diperolehi daripada bengkel yang telah dijalankan dengan menjadikan penyelidik sebagai penilai yang turut terlibat sama dalam bengkel serta kolaboratif antara guru dan pelajar (10 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan yang berumur 8-9 tahun). Kami mengadakan 7 kali perjumpaan kelas dan setiap perjumpaan dijalankan selama 2 jam. Kesemua sesi direkodkan secara video dan kami turut menyimpan semua hasil bertulis pelajar. Akhirnya, kesemua penyelidik akan memperolehi rumusan harian daripada setiap sesi yang telah dijalankan yang demikiannya melengkapi intepretasi pelbagai daripada aktiviti yang sama. Hasil utama kajian menunjukkan pembangunan semula jalan cerita permainan video dapat dilakukan secara naratif berdasarkan kepada aktiviti seperti meneliti semula kandungan permainan, menulis skrip atau membangunkan laman web.



Jurnal 3: The role of early career scientists working in the classroom.

Oleh: Philip M Keys

Sumber: Scopus

ABSTRAK
Kajian ini melaporkan tentang strategi berkesan yang ditemui oleh guru sains apabila Early Career Scientist (ECS) iaitu pelajar mereka sendiri berjaya menjadi mentor kepada kelas sains yang mempunyai pelajar pribumi dan bukan pribumi berumur 7 hingga 10 tahun. Guru terlibat secara langsung dengan kajian tindakan yang mana ia bertujuan untuk mengenalpasti peranan ECS dan mendokumentasi keberkesanan strategi yang telah menggabungkan pihak ketiga ini (ECS) dalam bilik darjah. Sumber data diperolehi daripada guru dan amalan yang dilakukan serta temubual dengan para pelajar serta ECS. Penyelidikan ini mempunyai implikasi untuk memperkenalkan pembelajaran sokongan ke atas kakitangan dan program-program mentoring yang serupa pada kelas lain.

Aktiviti 1: Tugasan 1 (Ulasan buku)

Buku:"Studying your own school: An educator's guide to practitioner action research
(Second edition),
oleh: Gary L. Anderson, Kathryn Herr & Ann Sigrid Nihlen (2007),

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
-kajian tindakan bermaksud:
satu tindakan secara berkitar di mana penyelidik sendiri bertindak dan terlibat dalam situasi penyelidikannya. selain itu, kitaran yang berlangsung melibatkan proses perancangan, tindakan, penilaian ke atas kesan serta refleksi terhadap penilaian yang telah dilakukan ke atas kajian. Menerusi kitaran kajian yang telah dilakukan, pengkaji seterusnya akan menemukan jawapan kepada penyelesaian masalah. Selain dari itu, satu transformasi atau perubahan turut akan berlaku samada dari sudut penyelidik mahupun responden berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan.

MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
-Berdasarkan buku ini, dengan melakukan kajian tindakan, guru secara tidak langsung
telah mengubah profesion mereka bukan hanya sebagai guru tetapi penyelidik.
-Dapat memberi jawapan dan membantu orang lain dalam menyokong kajian tindakan yang
dijalankan.
-Guru boleh menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk menjalankan kajian
tindakan kerana mereka terlibat secara langsung dalam penyelidikan.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
-Guru boleh melakukan kajian tindakan apabila mereka ingin memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
-Guru juga boleh melakukan kajian tindakan apabila mendapati terdapat sesuatu isu/
masalah yang mungkin timbul di dalam konteks bilik darjah mereka.

DI MANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
-Guru menjalankan kajian tindakan di sekolah dan lebih tepat lagi di dalam bilik
darjah. Namun begitu bagi peringkat pendidikan tinggi pula kajian tindakan boleh
dilakukan di universiti atau kolej.

BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
*MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


The ladder of inference works like this:
1. The pool of information - represents all the information that could be
relevant to the situation
2. The rung of the ladder - represent various types of claims that can be made
about information
3. The first rung - represents the way they select from this pool
4. The second rung - represent the process of naming or describing what is
happening
5. The third and fourth rung - represent the way people interpret and evaluate
what they have noticed and described
6. The fifth rung - recognizes how people seek consistency between individual
interpretations and experiences by weaving them together into coherent
theory of action
7. The sixth rung - how theories provide conclusions about the situation and
what to do about it

(*Diambil dari Sumber tambahan:PRACTITIONER RESEARCH FOR EDUCATORS: A Guide to Improving Classrooms and Schools, Oleh: Viviane Robinson & Mei Kuin Lai)

*PROSEDUR
Terdapat 4 proses yang perlu dilalui bagi menjalankan kajian tindakan iaitu:
1) Perancangan
-Membuat perancangan tentang penambahbaikan yang ingin dilakukan disampai
perancangan terhadap isu/ masalah yang dihadapi.
-Menganalisis isu, persoalan dan apa yang perlu dipelopori.

2)Tindakan
-Penyelidik dan rakan sepasukan (kolaboratif) bertindak ke atas permasalahan
kajian.
-Cuba mencari jalan untuk berhdapan dengan isu.

3)Pemantauan
-Memantau aktivi atau proses yang sedang berlaku dalam penyelidikan.
-bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam proses penyelidikan
-Selepas pemantauan dilakukan, proses mendokumentasi dapat dilakukan dan perlu
dilaksanakan dengan teratur.

4) Refleksi
-Penyelidik akan membuat refleksi terhadap data yang terkumpul dari perlaksanaan
plan yang sudah dirancang pada fasa perancangan.
-Penyelidik juga membuat refleksi pada tindakan dan proses yang telah mereka
jalankan.

*PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
*Pengumpulan data
-Terdapat beberapa cara untuk membuat pengumpulan data seperti:

1) Tinjauan dan temubual
-ada 4 jenis tinjauan dan temubual iaitu:
a)Temubual etnografi
b)Penceritaan,naratif dan sejarah berdasarkan pengalaman peribadi responden
c)Temubual berstruktur (terarah, lebih formal,mempunyai soalselidik dan soalan
boleh dikawal)
d)Soalselidik dan tinjauan
e)Senarai semak, skala dan inventori (Soalan lebih tertutup,mempunyai pilihan
jawapan)

2) Pemantauan
-Pemantauan adalah satu proses memantau apa yang sedang berlaku.
-Pemantauan biasanya akan direkod dan ditulis samada pada borang atau nota kecil.
-Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk pemantauan iaitu:
a)Pemantauan turut serta
b)Pemetaan
c)Inventori berasaskan budaya
d)Rakaman visual dan photografi

3)Dokumentasi dan arkib
-Tujuan utama kaedah ini dilakukan adalah untuk mensintesi maklumat yang
diperolehi dari pelbagai sumber seboleh yang mungkin.
-Contoh sumber adalah seperti laporan sekolah, surat, surat khabar, statistik,
diari dan apa sahaja yang boleh memberikan maklumat berkaiatan dengan kajian.

*Penganalisisan data
-Data yang dianalisis perlulah teratur dan tersusun mengikut tarikh perjalanan
kajian.
-Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan yang boleh mengganggu pemerolehan data.
Selain itu juga ia bertujuan bagi memudahkan penyelidik melihat perjalanan proses
penyelidikan mereka.
-Terdapat juga teknik membangunkan kod kategori yang bertujuan untuk:
- memudahkan pengkaji melihat kategori yang terdapat pada data.
- Data akan lebih terurus
- Terdapat beberapa jenis kod yang digunakan bagi memudahkan data dilihat/
disemak oleh pengkaji iaitu:
1)Kod setting/konteks-kesimpulan daripada keseluruhan isi kajian
2)Kod situasi-topik khas yg dilontarkan oleh pandangan/pemikiran peserta
3)Perspektif peserta-untuk berkongsi peraturan serta norma
4)Cara pemikiran peserta tentang manusia dan benda
5)Kod proses-kod yang digunakan untuk melihat perubahan yang berlaku pada
peristiwa yang dikaji, perlu mengikut urutan, ada sejarah lisan.
6)Kod aktiviti-kekerapan tingkahlaku berlaku.
7)Kod peristiwa-kekerapan peristiwa berlaku.
8)Kod strategi-taktik, kaedah dan teknik yang digunakan apabila berjaya
melakukan sesuatu perkara.
9)Kod perhubungan dan struktur sosial
10)Kod kaedah-segala komen tentang kaedah, proses dan prosedur kajian akan
diletakkan pada kod ini.

*ETIKA KAJIAN TINDAKAN
etika kajian tindakan adalah satu peraturan yang perlu diamal dan dipatuhi oleh penyelidik bagi menjalankan penyelidikan mereka. Antara etika-etika yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh penyelidik ialah:

1)Hormat kepada autonomi
-Penyelidik perlu mengelak dari mendesak responden mereka untuk menjayakan
penyelidikan.
-Penyelidik juga perlu memberikan kebebasan kepada responden untuk mereka membuat
pilihan dan bertingkahlaku.
-Elakkkan dari mempengaruhi keputusan responden.
-Apa yang penting, elakkan paksaan ke atas responden dari berlaku.

2) Prinsip perlindungan
-Penyelidik perlu memastikan proses dan prosedur tidak akan menyebabkan kecederaan
atau mendedahkan individu kepada risiko yang tidak munasabah hasil daripada kajian.
-Kerahsiaan menjadi keutamaan. Identiti responden perlu dilindungi dan elakkan
kebocoran kerahsiaan berlaku.

3)Prinsip keadilan
-Penyelidik perlu hormatkan demokrasi, kebenaran dan kemanusiaan.
-Penyelidik perlu jujur dan ikhlas sewaktu mengumpul, menganalisis dan menulis apa
jua laporan mengenai kajian yang mereka jalankan.
-Penyelidik juga perlu menghormati orang yang memberikan maklumat dan data kepada
mereka.