? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

Kerangka Operational

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, December 12, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (Mini KT)

Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah

Teori Konstruktivisme
Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami:
1.Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan
pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan?
2.Bagaimanakah pemahaman pelajar boleh dipertingkatkan melalui penggunaaan kit
pembelajaran berasaskan bahan maujud?

Ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

Pengetahuan sedia ada disini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu maklumat baru.

Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:
1. Pengetahuan dibina pelajar
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka
7. menggalak pelajar berfikir dan mencuba idea baru
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas, pelajar boleh membina pemahaman mereka dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan berdasarkan bantuan dari kit pembelajaran bahan maujud.



Strategi pemusatan bahan
1.Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

2.Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.

3.Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.

4.Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

5.Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

6.Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.

7.Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 12: Permurnian Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"


TUJUAN KAJIAN:
•Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan
Perdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

OBJEKTIF KAJIAN:
1.Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
2.Menilai penglibatan pelajar secara aktif semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.


PERNYATAAN MASALAH:
1.Bagaimanakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
2.Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P?

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

APA PERNYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN JURNAL 1, JURNAL 2 DAN JURNAL 3

Jurnal 1: Reflection-in-and-on action in participatory action research: Toward
assessment for learning
oleh: Penny Singh

PERNYATAAN MASALAH
Melihat sejauhmana penggunaan penilaian secara oral/lisan dalam sains secara interaktif dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar berdasarkan kepada rakan sebaya dan guru (penyelidik). Disamping untuk menilai pelajar secara individu, tabiat belajar dan meninjau cara pengajaran penyelidik (guru) melalui kaedah penilaian oral


Jurnal 2: Developing new literacies using commercial videogames as educational tools.
Oleh : Lacasa P., Mendez L., & Martinez R. (2008)

PERNYATAAN MASALAH
-Melihat sejauhmana penggunaan permainan video mampu untuk membangunkan pemikiran
narratif pelajar dalam proses pembelajaran mereka.



Jurnal 3: The role of early career scientists working in the classroom.
Oleh: Philip M Keys

PERNYATAAN MASALAH
Melihat sejauh mana peranan karier awal saintis (ECS) dalam bilik darjah dapat menimbulkan minat para pelajar dalam sains serta melihat sejauhmana strategi yang telah ditemui oleh guru dapat membantu peranan ECS.

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan buku Studying your own school. An Educator’s guide to Practitioner Action Research (Second edition).Masalah kajian tindakan boleh dikenalpasti melalui:

-Persoalan yang bermain difikiran penyelidik sebagai orang yang bertindak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

-Hadir dari kegagalan atau bantahan terhadap sesuatu isu yang diketengahkan.

-Pernyataan masalah mestilah sesuatu yang penyelidik sendiri mahu fahami ia secara
lebih jelas.

-Pengalaman lepas penyelidik dan dari kesimpulan yang telah dilakukan ke atas kajian
terdahulu.

-Segala persoalan kajian tersebut perlulah berpotensi untuk membawa perubahan baru dalam rutin pendidikan dan dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang baru dan berguna.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9

  • TAJUK:
  • "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam subjek sains, bahasa melayu
    dan perdagangan"

    1. MATLAMAT KAJIAN:
  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan dengan menggunakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

    2. OBJEKTIF KAJIAN:
  • Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.
  • Menilai penglibatan pelajar semasa P&P berdasarkan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

    3. PERSOALAN KAJIAN:
  • Bagaimana penggunaan kit pembelajaran beraaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar.
  • Adakah kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa P&P.

Aktiviti 8

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek Bahasa Melayu, Sains dan perdagangan berdasarkan kit pembelajaran bahan maujud:
1) Cadangan individu (Bahasa Melayu)
- Penggunaan ICT seperti video dan power point bagi menarik minat pelajar untuk belajar
- Guru perlu membuat persediaan awal untuk mendapatkan dan menyediakan bahan bantu
mengajar yang berkesan bagi menarik minat pelajar.

2) Cadangan pasukan
- Menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif dan bimbingan rakan sebaya.
- Pembelajaran secara Problem Base Learning (PBL)
- Menggunakan multimedia yang bersesuaian bagi menarik minat pelajar mempelajari subjek
Bahasa Melayu
- Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dalam topik yang diajar bagi
meningkatkan lagi pemahaman pelajar.

3) Cadangan dari luar pasukan
- Melibatkan aktiviti yang lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru hanya menjadi fasilitator
sahaja serta mampu merancang aktiviti yang menarik.
- Guru perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi semasa melaksanakan proses P&P mereka.

4) Berdasarkan literature review